Thursday, October 22, 2015

AVENUE 9 GIANT NILAI

Pelbagai restoran makanan disediakan bagi pencinta makanan tidak kira makanan tempatan mahupon makanan barat. Singgah sebentar di Giant nilai,anda pasti tidak keruan untuk memilih restoran pilihan hati. saya sertakan beberapa estoran pilihan,pilihan ditangan anda. tepuk dada tanya selera. Selamat menjamu selera.








Restoran Burger King

Sushi King

The Chicken Rice Shop

Restoran Atap Atap

Restoran Ayam Penyet

Restoran Thai Steamboat

Wednesday, October 21, 2015

BMI Cendol Nilai

Setelah penat berjalan cari makan, jom singgah sejukkan badan. Pelbagai jenis cendol dihidangkan. Bukan sahaja cendol, malahan ABC juga disediakan di sini. Sesambil menikmati cendol,apa kata cuba sekali rojak yang dijual di gerai bersebelahan. Kompum anda akan layan sampai habis. Lokasi sebelah stesen bas Nilai.Berdekatan dengan Mydin Nilai. Selamat mencuba.



The Windmill Station Nilai Airport Sport Complex

Bagi penggemar Western Food pula, boleh la mencuba menu menu yang sedap belaka di restoran ini. Menyediakan makanan ala barat, sememangnya akan membuatkan kita seolah2 berada di luar negara. ( Macam over plak ehh). Dengan layanan staff yang sangat baik, dan harga makanan yang sangat berpatutan,bolehla singgah di restoran ini. Ruang makan yang disediakn juga sangat selesa. The Windmill Station (Nilai) Sdn Bhd No.3& 4 Kompleks Sukan Airport PT No 22318, Jalan Kolej Desa Kolej, Putra Nilai 71800 Nilai, NSDK, Malaysia Phone: +606 799 8200 Open daily from 10:30am to 11:30pm




Aunty Aini's Garden Cafe @ Nilai, Negeri Sembilan

Pelbagai Jenis Menu
Ruang Makan Yang Selesa
Gulai Tempoyak Ikan Jenahak
.
Restoran berkonsepkan dalam taman. Ruang makan yang dihiasai dengan laman2 dan tumbuhan hijau menambahkan lagi selera untuk menjamah hidangan hidangan yang disediakan. Menu yang berkonsepkan ala makanan kampung mampu membuatkan penggemar masakan kampung menjilat jari tatkala selesai menjamu selera. Antara menu yang disediakan seperti Gulai Lemak Cili Padi, Asam Pedas, Gulai Lemak Tempoyak , Sambal Tumis Petai dan banyak lagi. Harga yang sangat berpatutan akan membuatkan anda untuk datang lagi dan lagi ke restoran ini. Address: Batu 16, Jalan Sepang (Kampung Chelet)71800 Nilai, Malaysia Tel: 06-700 1276 Mon - Sat: 11.30 - 3pm, 5.30 - 11.30pm .

MMA SANTAI CORNER

Berkonsepkan Food Court yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan. Antara menu yang perlu dicuba ialah Burger Bakar Abang Burn, Asam Pedas Claypot, Satay Kajang, Mee Udang dan pelbagai lagi citarasa yang menarik. Address jalan bbn 1/1A 71800 Nilai.. Waktu opersai 6ptg-12mlm.
Bubur Nasi Berlauk

Asam Pedas Claypot

Signage MMA Santai Corner

Burger Bakar Abang Burn

Restoran Wawa Seafood

Nasi Goreng Belacan
Restoran Wawa Seafood
Restoran Wawa Seafood ini menyediakan menu masakan ala Thai. Ruang makan yang agak selesa dan berkonsepkan kekeluargaan memberi keselesaan kepada setiap pelanggan. Antara menu yang pernah saya cuba ialah Nasi Goreng Belacan, Mee Celup, Nasi goreng Wawa, Tomyam Campur. dan masih banyak lagi menu yang disediakan. Pelbagai jenis jus juga disediakan. Pada yang suka dan ingin mencuba,boleh la datang ke restoran ini. Alamat ; PT 7263,JALAN BBN 1/2B, PUTRA NILAI 71800 NILAI. Waktu Operasi : 12TGH - 12MLM. HARGA SANGAT BERPATUTAN
Nasi Goreng USA


Mee Celup
LaiciKang

Jom Kita Tonton Bersama